I made this widget at MyFlashFetish.com.

Hati sedang terluka teruk !! OMG!!


assalammualaikum .. dah lama aku dah tak tuulis blog ini.. selepas aku kahwin aku tak dibenarkan main laman sosial ini.. fuh! sedihnya!! tetap ikutkan juga kata2 suami.. isteri yang soleh tidak akan ingkar permintaan dia kan?? itu yang aku lakukan sekarang ini .. tapi kenapa aku log in juga blogger ini?? hati aku dah terluka..1 malam aku tak boleh nak tidur.. hati aku sakit bila aku ingat balik benda yang aku tak suka tu.. tak cukup kah apa yang aku buat?? yes! aku banyak kekurangan sebab tu aku belajar.. aku cuba ubah sedikit demi sedikit.. aku ini 21 tahun lagi kowt! mentah lagi alam perkahwinan ini.. maybe betul juga orang tua2 cakap muda2 tak elok nak kahwin.. aku baru merasa sekarang.. aku nak kata menyesal sekarang dah tak boleh lagi.. aku yang minta semua ini so aku kene rempuhi lah juga tapi kenapa dia harus hukum aku cam ini?? kenap sekarang baru nak curang?? kenapa waktu bercinta punyai lah takut untuk lepaskan.. aku binggung dah.. dia kata alasannya aku ini tak bahagia bersama dia.. macamana nak bahagia kalau perangai dia itu buat aku sedih.. aku tak sedih , menangis tanpa sebab.. entah lah.. aku rasa aku nak pergi jumpa kaunseling untuk kuatkan hati aku ini.. sebelum aku tak boleh nak syak wasangka dengan dia , aku  dikira dosa besar nanti..tapi hari ini tuhan bagitahu aku.. aku dengar sendiri.. paling aku sedih.. patutlah dia dengan aku hambar.. menangis airmata sehingga kering.. tapi hati masih basah dengan darah.. teringat balik kisah lama..sama benda yang sama berulang lagi cuma orang lain2 .. aku rasa macam hidup tak bernyawa.. kiranya selama ini aku bertahan hanyalah sia-sia??

to abang.. maybe abang tak tahu kenapa sayang bersedih?? kenapa sayang menangis?? dan mudah sangat abang bosan tengok sayang menangis?? dan tergamak abang kata " jika abang ada duakan sayang ,abang lepaskan sayang" jikalau benda itu betul terlepas kita dengan talak satu.. abang, sayang cuma takot kehilangan abang..memang benar kata abang , isteri boleh cari bila2 tapi tak sama orang yang sebelum dan selepas.. abang jikalau kita ditakdirkan berpisah.. sayang nak abang tahu.. sayang sentiasa sayang kan abang.. :)

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum... dik, akak baca citer adik tu... hati tertanya - tanya.. dah berapa usia perkhawinan adik? dah menjangkau setahun ke? pada sy, seawal usia perkahwinan kalau ade konflik.. itu sebab kita sedang lebih mengenali sikap sebenar pasangan kita. sebab masa bercinta yg ade depan mata semua tampak sempurna. tapi bile mula kita hidup berumahtangga... itulah masanya kita kenal pasangan kita yg sebenarnya. jadi, sy sendiri bile tgok pasangan muda yg de sekarang ni yg belum pun setahun berkahwin depa dok kata depa bahagia memanjang... hehh.. sy senyum je. sush sy nak percaya. sy tak lah pandai sgat soal perkahwinan ni. cuma ni pendapat sy berdasarkan life saya as a wife tu je... b'coz, lambat laun kita akan lebih kenal siapa pasangan kita and insya-allah dgn berkat kesabaran... semuanya akan ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak.. hope akak boleh reply comment adik ni.. usia perkahwinan adik baru 2 bulan.. dalam 2 bulan ni dah cukup adik kenal siapakah suami adik sebenarnya.. adik stress.. adik setia dengan dia , jujur dengan dia tapi sebaliknya dia menduakan cinta adik.. katanya dia dah bosan dengan adik.. sebab.. yela mula2 wangi last2 busuk .. kata orang la.. adik da lama pendam kan benda ni kak.. adik dapat mimpi alamat dia curangkan adik. setiap kali adik tanya dia, dia kata adik mengarut.. adik dengan dia walaupun duk serumah tapi jauh disudut hati.. macam ada tiang di tengah2 antara kami.. adik sedih dia makin jauhkan dirinya.. dia umpama sedang kemaruk bercinta dan lupa adik disisinya.. dia abaikan adik.. adik sakit kew x, xpeduli semua tu.. last2 adik xtahan, adik buka cerita dekat mak dia.. and mak dia dah tahu lama cuma tak nak sakitkan aty adik jerk.. akak.. mak dia cerita semuanya a to z.. time tu jatuh jantung adik.. adik tanya diri adik kenapa dia sanggup buat adik cam ni.. apa gunanya adik disisinya.. adik dah bagi dia 2 peluang, still benda yang sama dia buat.. adik rasa dah tak sanggup.. dia memang sayangkan perempuan tu.. sampai x sanggup tinggalkan.. kenapa dia harus pura2 mesra dengan adik tapi keikhlasan tu xada.. sampai hari ini aty adik bengkak jerk.. pendam jerk... sampai dia kata adik banyak berubah.. adik dah tak cam dulu.. sampai dia xcakap adik ni isteri derhaka.. sedangkan semua tanggungjawab adik dah pikul.. di mata dia semua tak kena... sedihlah kak.. adik sebenarnya buntu.. apa yang adik harus buat ni??

      Delete
  3. Assalamualaikum. Salam kenal. Berdasarkan penulisan anda serba sedikit saya boleh membayangkan masalah yang anda alami. Dalam situasi ini orang akan judge anda berdasarkan 2 perkara. Pertama, orang akan fikir anda terlalu muda dan tidak dapat memahami erti rumah tangga dengan baik. Kedua, anda sepatutnya lebih berani untuk bersuara menyatakan hak sebagai isteri yg teraniaya tanpa memikirkan perasaan sayang.

    Dalam situasi sekarang, perkara yang boleh anda buat ialah memelihara hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah untuk menguatkan diri dan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk jalan yang terbaik dalam hubungan anda.

    Oh ya, saya tertanya-tanya adakah mak kandung dan keluarga anda sedia maklum dengan masalah ini ? Ibu adalah penasihat terbaik dalam semua perkara. Berkahwin tidak bermakna anda memutuskan terus hubungan dengan keluarga kandung anda. Wallahualam. Saya doakan supaya masalah anda dapat diselesaikan dengan cara yang baik meskipun yang pahit itu pasti ada dalam kehidupan ini.

    Wassalam.

    ReplyDelete

COPY RIGHT by DAYAH