assalammualaikum .. dah lama aku dah tak tuulis blog ini.. selepas aku kahwin aku tak dibenarkan main laman sosial ini.. fuh! sedihnya!! tetap ikutkan juga kata2 suami.. isteri yang soleh tidak akan ingkar permintaan dia kan?? itu yang aku lakukan sekarang ini .. tapi kenapa aku log in juga blogger ini?? hati aku dah terluka..1 malam aku tak boleh nak tidur.. hati aku sakit bila aku ingat balik benda yang aku tak suka tu.. tak cukup kah apa yang aku buat?? yes! aku banyak kekurangan sebab tu aku belajar.. aku cuba ubah sedikit demi sedikit.. aku ini 21 tahun lagi kowt! mentah lagi alam perkahwinan ini.. maybe betul juga orang tua2 cakap muda2 tak elok nak kahwin.. aku baru merasa sekarang.. aku nak kata menyesal sekarang dah tak boleh lagi.. aku yang minta semua ini so aku kene rempuhi lah juga tapi kenapa dia harus hukum aku cam ini?? kenap sekarang baru nak curang?? kenapa waktu bercinta punyai lah takut untuk lepaskan.. aku binggung dah.. dia kata alasannya aku ini tak bahagia bersama dia.. macamana nak bahagia kalau perangai dia itu buat aku sedih.. aku tak sedih , menangis tanpa sebab.. entah lah.. aku rasa aku nak pergi jumpa kaunseling untuk kuatkan hati aku ini.. sebelum aku tak boleh nak syak wasangka dengan dia , aku dikira dosa besar nanti..tapi hari ini tuhan bagitahu aku.. aku dengar sendiri.. paling aku sedih.. patutlah dia dengan aku hambar.. menangis airmata sehingga kering.. tapi hati masih basah dengan darah.. teringat balik kisah lama..sama benda yang sama berulang lagi cuma orang lain2 .. aku rasa macam hidup tak bernyawa.. kiranya selama ini aku bertahan hanyalah sia-sia??
to abang.. maybe abang tak tahu kenapa sayang bersedih?? kenapa sayang menangis?? dan mudah sangat abang bosan tengok sayang menangis?? dan tergamak abang kata " jika abang ada duakan sayang ,abang lepaskan sayang" jikalau benda itu betul terlepas kita dengan talak satu.. abang, sayang cuma takot kehilangan abang..memang benar kata abang , isteri boleh cari bila2 tapi tak sama orang yang sebelum dan selepas.. abang jikalau kita ditakdirkan berpisah.. sayang nak abang tahu.. sayang sentiasa sayang kan abang.. :)