I made this widget at MyFlashFetish.com.

akhirnya semua nya terbongkar...

salam sejahtera semua.. hye guys.. and salam perkenalan.. pada yang baru nak kenal2 siapa aku ini.. post aku yang lepas tentang hati aku terluka.. ni sambungan post itu.. aku sendiri keliru adakah dia cintakan aku atau tak.. biarpun melalui zahir airmata aku dah kering untuk semua ini tapi hanya dalam hati tidak pernah kering untuk menangis.. hanya Tuhan sahaja yang tahu .. aku dah syak dari dulu lagi.. aku dah nampak dia perubahan dia.. OMG! tapi aku pendam kan jerk.. yela aku tak ada bukti.. dia dah x caring aku seperti mana mula2 kahwin.. aku sakit or x, dia xpeduli.. dia asyik main sms.. handfon asyik silent.. dia dah tak nak ngam dengan aku.. dia pergi mana2 pergi sendiri.. dah tak nak bawa aku.. dia bawa pun dengan family dia.. jalan dah jarak jauh2 and kerap pergi kedai alasannya nak beli barang... wa~ banyak lagi.. aku kat rumah ni , dia ingat aku ni boneka.. aku pendam, pendam.. sejak itu jugak aku kerap bergaduh dan aku dapat alamat dia curangkan aku.. 1 day, dia masuk bilik, dia kunci bilik, cakap telefon.. aku pasang lah telinga.. wa~ bukan main slow lagi suara dia.. aku tak tahan lagi dah , aku ketuklah pintu bilik itu.. aku terdengar something.. time tu, jatung aku umpama berhenti sekejap.. " i love you" .. hati aku ini dah macam kena toreh2.. tapi nasib baik aku duduk rumah family dia.. time dia masuk toilet, aku cerita kat abah.. aku tak tahan, airmata aku mengalir.. dia keluar, dia terdengar aku menangis . dia terus memarahi aku.. memang dia terlepas cakap , " aku memang ada perempuan lain" pastu cepat2 dia putarkan balik, dia kata dia sengaja bergurau2 dengan aku.. gurau?? dia ingat aku ini bodoh kew pe?? aku dah dengar lama.. dia kalau boleh, dia nak tutup kesalahan dia.. dia still xnak mengaku.. yela.. sedang mabuk bercinta katakan.. aku cakap dengan jika dia menduakan aku, dia lepaskan aku.. dia pun sebut perkataan itu.. besok hari itu, dia memang mesra dengan aku tapi aku anak mata dia.. xikhlas! dia still buat benda yang sama.. maybe dia lupa perkataan dia sebut itu.. aku ingatkan dia balik.. dia terkedu.. semasa aku tengah masak2 .. dia sedang berbincang dengan keluarga dia.. aku cakap cam tu, senang aku nak tengok kejujuran dia.. dia ajak aku berbincang.. dia kata dia memang ada perempuan lain tapi kawan jerk.. haaa.. look .. terbukti dia ini jenis macamana?? aku diam kan lagi, dia kata, statement aku ini menunjukkan banyak.. dia kata " kalau dia ada perempuan lain, dia akan lepaskan aku" what;s?!! kenapa lain pulak.. tak jujur lagi.. sebenarnya dia menduakan aku.. tapi dia nak tutup kesalahan dia.. dia cakap macam itu lah.. dia kata dia tahu dia silap, dia kata silap dia datang dari aku, katanya  statement aku dulu buat dia kecewa.. oik! cerita lama kowt.. masih tak nak ngaku salah sendiri.. tak apalah aku diam.. dia minta bagi peluang untuk dia perbaiki semua itu..  dia nak rujuk semula.. aku memang sayang kan dia.. tapi...

alamak.. aku banyak kerja nak buat.. sebentar lagi aku sambung k.. tunggu adakah aku terima dia balik atau tak.. 

Hati sedang terluka teruk !! OMG!!


assalammualaikum .. dah lama aku dah tak tuulis blog ini.. selepas aku kahwin aku tak dibenarkan main laman sosial ini.. fuh! sedihnya!! tetap ikutkan juga kata2 suami.. isteri yang soleh tidak akan ingkar permintaan dia kan?? itu yang aku lakukan sekarang ini .. tapi kenapa aku log in juga blogger ini?? hati aku dah terluka..1 malam aku tak boleh nak tidur.. hati aku sakit bila aku ingat balik benda yang aku tak suka tu.. tak cukup kah apa yang aku buat?? yes! aku banyak kekurangan sebab tu aku belajar.. aku cuba ubah sedikit demi sedikit.. aku ini 21 tahun lagi kowt! mentah lagi alam perkahwinan ini.. maybe betul juga orang tua2 cakap muda2 tak elok nak kahwin.. aku baru merasa sekarang.. aku nak kata menyesal sekarang dah tak boleh lagi.. aku yang minta semua ini so aku kene rempuhi lah juga tapi kenapa dia harus hukum aku cam ini?? kenap sekarang baru nak curang?? kenapa waktu bercinta punyai lah takut untuk lepaskan.. aku binggung dah.. dia kata alasannya aku ini tak bahagia bersama dia.. macamana nak bahagia kalau perangai dia itu buat aku sedih.. aku tak sedih , menangis tanpa sebab.. entah lah.. aku rasa aku nak pergi jumpa kaunseling untuk kuatkan hati aku ini.. sebelum aku tak boleh nak syak wasangka dengan dia , aku  dikira dosa besar nanti..tapi hari ini tuhan bagitahu aku.. aku dengar sendiri.. paling aku sedih.. patutlah dia dengan aku hambar.. menangis airmata sehingga kering.. tapi hati masih basah dengan darah.. teringat balik kisah lama..sama benda yang sama berulang lagi cuma orang lain2 .. aku rasa macam hidup tak bernyawa.. kiranya selama ini aku bertahan hanyalah sia-sia??

to abang.. maybe abang tak tahu kenapa sayang bersedih?? kenapa sayang menangis?? dan mudah sangat abang bosan tengok sayang menangis?? dan tergamak abang kata " jika abang ada duakan sayang ,abang lepaskan sayang" jikalau benda itu betul terlepas kita dengan talak satu.. abang, sayang cuma takot kehilangan abang..memang benar kata abang , isteri boleh cari bila2 tapi tak sama orang yang sebelum dan selepas.. abang jikalau kita ditakdirkan berpisah.. sayang nak abang tahu.. sayang sentiasa sayang kan abang.. :)

Mimpikah aku ini??



salam sejahtera untuk non muslim.. aku memang sengaja buat blog ni.. my diary?? sepatutnya diary adalah private .. tapi tak kisahkan kalau aku nak bagitau semua orang apa yang terbuku di hati aku dan perjalanan hidup harian aku.. kalau korang nak tahu.. sekarang ini aku tengah sedih .. sedih sangat2.. aku rasa aku sedang bermimpi dan aku ingin berjaga dari mimpi ini.. hakikatnya ini lah realiti aku kahwin hari sabtu ini.. betulkah ini?? ya allah.. aku sendiri tak percaya aku akan tinggalkan  zaman bujang aku, keluarga aku, rumah aku, dan kawan2 aku.. ya allah.. kenapa aku pilih jalan ini?? dulu aku yang beriya2 nak kahwin tapi makin dekat aku rasa nak lari dari semua ini.. aku sayangkan mereka semua.. orang kata bila kita nak menjadi teman sehidup dengan orang yang kita sayang .. kita rasa tak sabar dan kita happy sangat.. tapi kenapa aku tak???  lepas ini hidup aku sepi.. sebab berjauhan dengan family tercinta dan sahabat yang tersayang.. sekarang ini rumah yang aku duduk, riuh rendah.. aku menyakat adik2 aku.. yela aku yang sulung.. buli mebuli memang teror.. haha.. minggu depan bila aku duduk rumah yang lain.. semua itu dah tak ada.. dah tak  ada gurauan itu lagi.. dah tak ada dekat dengan mak aku lagi.. bila aku sakit , mak aku dah tak ada disisi aku.. bila aku sakit tengah malam, mak aku dah tak ada untuk berjaga.. cuma aku sendiri.. aku yang sendiri yang terjaga.. alone... walaupon aku ada suami.. tak akan aku nak ganggu suami aku tidur nanti.. walaupun aku sulung tapi aku ini manja .. aku tak boleh berjauhan dengan keluarga aku.. sebab aku sayang mereka sangat2.. aku rasa berat hati nak tinggal family aku.. aku pandai cakap orang inilah lumrah kehidupan.. tapi kena kat aku.. aku baru tahu.. betapa beratnya keluarga aku nak lepaskan aku.. kalaulah dunia ini boleh putar balik masa.. akulah orang pertama.. akan putar balik masa itu..  inilah kehidupan kita tak boleh nak patah balik ke masa lampau.. kita kena sentiasa ke depan.. nak tak nak kita kena harungi .. tapi mungkin lepas ini perlu berhati2.. 



*kahwin bukan permainan.. sebelum kita setuju untuk kahwin , kita tanya hati kita siap sedia kah kita?? dan fikir dulu adakah dia calon yang sesuai?? kenali perangainya hatinya keluarganya.. dan paling penting rasainya jiwa kita.. adakah dia boleh memasuki jiwa kita??? sediakah kita untuk tinggalkan semua yang kita ada untuknya?? kahwin adalah untuk seumur hidup bukan untuk sementara*

SEGMEN : JOM BLOGWALKING


marila ramai-ramai join segmen ini !! Pemenang Segmen ini dapat doodle sebagai hadiah ! mari rebut peluan emas itu !!


kalau korang nak join .. just click kat Banner itu.. atau pun klik kat sini pun boleh


Tarikh Tutup : 16 Oktober 2012..

I'VE GOT FEVER :(

ASSALAMUALLAIKUM... 




Bukan senang aku nak dapat demam ni... bila demam dah datang.. ahh.. ambil kau.. terukkk gak laa.. sampai aku muntah2.. tepi jalan raya depan klinik pula tu.. hehe.. seksanyer hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Silap aku jugak , biar kan perut kosong dan hanya isikan air soya.. aku da mula rasa hari jumaat hari tu.. tapi aku tak endahkan .. yela... aku da biasa kena dedau.. dedau?? apa itu??? ia satu perkataan yang nak mengatakan badan kita sudah terasa tanda2 untuk demam.. hari sabtu boleh jerk keluar tengok wayang lagi.. haha.. tapi keesokan nya.. bangon jerk.. kepala da tersa berat.. cam ada batu kat atas kepala ni.. tetap kuat lagi.. kemas2 rumah.. ingat kan tengahari aku nak keluar pergi majlis kahwin anak Y.B Dato' Seri Hj. Mohd Ali Bin Rustam.. Menteri Melaka.. sebab beliau jemput semua rakyat melaka hadir ke majlis itu.. tapi.... aku da tak larat da.. badan aku da mula rasa panas.. hurmm sedihhhhh.... time2 mcm ini demam pula datang... aku duduk jela dalam rumah.. tak ada nak pergi mana2.. hurm... aku ini manja orang nya.. l;agi2 aku tengah sakit.. memang aku ngada2.. pagi2 buta, aku da bangun.. aku da tak larat.. kepala aku da pusing.. korang nak tahu apa aku buat?? aku nangis... pangil ibu aku.. wuuu~ ibu aku punya la bising.. " da terjaga tu, pergi la cari ubat.. nak juga suruh ibu carikan.. bukan budak kecik lagi" haha... saja nak manja2 dengan ibu aku.. yelaa... lepas ini aku da tak dapat manja2 lagi.. sebab da tak duduk serumah.. :( petang semalam.. aku dapat idea.. aku suruh tunang aku tawarkan air suam.. pastu aku ambil kain, aku basahkan kepala.. aku lap muka aku hingga ke leher.. aku buka aircond kuat2.. aku rasa lega... badan aku macam da beroperasi dengan baik .. haha.. badan aku mula peluh2.. argh~~!! lega sikit.. hehe.. sekrang aku dah sihat wafiat... xmo sakit2 ag.. seksa.. huhu...


Thanks to my mom sebab jaga along ketika sakit..


KENE MARAH???


109

hye guys .. , hari ini 11/07/2012 .. haaa .. panas weyh:f2: .. hari ini.. hot gilew ~! :f3:terbakar jiwa den (loghat negeri ) haa.. kan dah keluar loghat negori .. hehe .. korang nak tahu apa cerita yang hot itu:face14:?? macam ini ceritanya .. pagi tadi aku keluar pejabat awal , bukan sengaja tapi tak sengaja .. benda yang tak disangka .. aku ingat kan aku keluar ini hanya hendak keluar makan jerk .. tiba2 tunang aku suruh aku teman dia pergi interview kat MAIM .. mula2 aku tolak .. aku kata aku dah bagitahu bos aku , aku pergi breakfast jer.. tapi tak sangka pulak dia ubah fikiran tiba-2 .. aku tak boleh nak buat macamana dah .. bukan aku yang drive .. dia yang drive .. tak boleh pun terpaksa lah aku akur permintaan dia.. sedangkan dalam fikiran aku ini dah serabut:face53: .. dia interview pukul 12 tepat dan habis pun awal .. kami terus pergi lunch .. pukul 1.30 da.. hurf! nasib baik cepat .. terus makan aku rancang pergi ke Bank Rakyat terus.. sebab senang .. tak payah lah nak keluar masuk office balik .. hurmm.. pukul 3 baru aku masuk office .. masuk2 jerk.. ada berita bagitahu yang bos aku dah bising .. haaa.. :face58:pening kepala aku ini.. macamana aku nak buat loan kalo bos dah marah-2 aku ini.. hurmm .. :face6: .. aku dah jadi serba salah .. hmmmm ..:face60:

kepada Pn. saya nak mintak maaf atas kesalahan saya .. saya tahu saya dah buat salah tapi saya mempunyai masalah yang saya nak kena selesaikan .. saya tahu saya tak sepatutnya selesaikan masalah semasa kerja ..saya mintak maaf sangat2 .. saya bukan tak nak kerja sini .. saya suka sangat kerja disini .. saya mintak maaf pn .. tolong memaafkan saya .. saya sayangkan kerja saya ini ..

hurmm.. nak cakap depan2 tak berani tapi cuma dalam blog jela aku berani .. sorry.. :face59:



p/s:e1:: kakak azura pun mintak maaf kat Pn .. cuma kami tak berani minta maaf depan2 .. tolong maafkan kami ..

Hari Kebahagian -10/06/2012- Slideshow Slideshow

Hari Kebahagian -10/06/2012- Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Hari Kebahagian -10/06/2012- Slideshow Slideshow ★ to Melaka. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

COPY RIGHT by DAYAH